Jururawat ditikam: 'Ibu pernah diugut bunuh jika bercerai' - Anak

Iklan
Nik (kanan) menunjukkan lokasi di mana bapa tirinya bersembunyi selepas menikam ibunya pada Isnin lalu. Foto:SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Enggan menerima hakikat rumah tangga bakal berakhir dipercayai menjadi punca seorang jururawat ditikam suaminya sebanyak enam kali dalam kejadian di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini pada Isnin.

Anak sulung mangsa yang ingin dikenali sebagai Nik, 19, berkata, laporan polis pernah dibuat sebelum ini selepas bapa tirinya yang berusia 52 tahun itu didakwa mengugut untuk membunuh ibunya, 44, jika memilih untuk bercerai.

Iklan
Iklan

Menurut dia, ibu dan lelaki terbabit yang sudah berkahwin kira-kira enam tahun berada dalam proses perceraian dan tidak berhubung sejak kira-kira tiga minggu lalu.

"Ibu saya nak bercerai, tetapi dia (suami) tidak mahu. Dia mahu ibu saya kembali kepadanya.

Iklan

Terdahulu, seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali sehingga menyebabkan wanita itu parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini.

Jururawat berusia 44 tahun itu dipercayai ditikam pada bahagian badan serta leher dan sedang menerima rawatan di HRPZ II.

Iklan

Nik memberitahu, lebih mengejutkan apabila ugutan itu akhirnya didakwa menjadi kenyataan apabila ibunya diserang ketika dia baru sahaja pulang ke rumah selepas bertemu mangsa dan neneknya yang berusia 78 tahun kira-kira jam 8.30 malam pada Isnin.

"Saya sampai di rumah, kemudian nenek telefon dan beritahu, ibu kena tikam.

"Saya terus kembali ke rumah ibu yang jaraknya kira-kira 200 meter sahaja," katanya.

Menceritakan kembali kejadian itu, Nik memberitahu, sebaik tiba dia mendapati ibunya sudah duduk di tepi pintu dalam keadaan berlumuran darah dan pening.

Ujarnya, dia terus membuat panggilan kecemasan dan kemudian mendapatkan adik-adiknya yang berusia enam serta 12 tahun supaya mereka berada dalam keadaan selamat.

Tambah Nik, adik lelakinya berusia 12 tahun itu masih berada dalam keadaan trauma kerana melihat kejadian yang berlaku.

"Adik saya sempat menolak bapa tiri menyebabkan pisau terjatuh dan patah. Selepas itu dia terus melarikan diri.

"Ibu mengalami enam tikaman termasuk di bahagian leher, dada dan tiga di perut.

"Walaupun ditikam enam kali, ibu masih kuat. Dia sempat pesan supaya saya ambil kad pengenalan dan kelengkapan lain sementara menunggu ketibaan ambulans," katanya.

Ujar Nik, ayah tirinya tidak bekerja dan pernah mempunyai dua kes berkaitan dadah sebelum ini.

Kata dia, ibunya yang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik kini menerima rawatan di HRPZ II.