Sokongan belakang tabir TMJ bakar semangat Harimau Malaya

Iklan
Tierney meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Vietnam. Foto: Malaysia NT

SOKONGAN Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjadi antara pembakar semangat Harimau Malaya dalam kempen Piala ASEAN FIFA 2026.

Pemain Harimau Malaya, Fergus Tierney menyifatkan sokongan diberikan Tunku Mahkota Ismail di belakang tabir sangat besar kepada pasukan negara.

Iklan
Iklan

“Baginda melakukan lebih banyak untuk kami daripada apa yang orang tahu,” katanya selepas membantu Harimau Malaya menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin.

Tierney muncul wira kemenangan skuad negara apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-62 untuk memastikan Harimau Malaya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Iklan

Menurut Tierney, kejayaan menundukkan Vietnam juga menjadi ganjaran kecil buat seluruh pasukan selepas pemain dan barisan kejurulatihan mencurahkan tenaga sepanjang beberapa minggu lalu.

“Para pemain memberikan segala-galanya. Ia sudah menjadi beberapa minggu yang panjang.

Iklan

“Barisan kejurulatihan juga bekerja sangat keras, begitu juga para pemain. Saya fikir kemenangan ini adalah sedikit ganjaran atas segala usaha yang kami lakukan,” katanya.

Kemenangan tersebut turut menamatkan penantian 12 tahun Harimau Malaya untuk menewaskan Vietnam selepas kali terakhir Malaysia mencatat kemenangan ke atas skuad itu pada Piala AFF 2014.