Shuhaily tidak dapat terima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

Iklan
Mohd Shuhaily - FOTO: Bernama

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan induk itu atas faktor kekangan masa dan komitmen tugas.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan berkenaan dibuat susulan tanggungjawab Shuhaily selaku Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Iklan
Iklan

“FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Dalam pada itu, FAM memberi jaminan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti akan terus diberi perhatian bagi memastikan usaha memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus badan induk bola sepak negara itu dapat diteruskan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay