Terlepas laluan alasan pemandu Myvi lawan arus

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sebuah kereta dipandu lawan arus di Lebuhraya MEX.

SEPANG – Terlepas laluan dipercayai punca seorang lelaki memandu kereta secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial berkaitan kejadian itu pada jam kira-kira 10.30 pagi Ahad.

Iklan
Iklan

“Susulan video tular itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bertindak mengesan pemandu dan kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Norhizam berkata, pemandu serta kenderaan berkenaan berjaya dikesan dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati pemandu Myvi berkenaan datang dari arah Putrajaya menghala ke Puchong sebelum dipercayai terlepas laluan ke arah Plaza Tol MEX (Putrajaya).

"Pemandu terbabit kemudian dipercayai membuat pusingan untuk berpatah balik dengan memandu secara melawan arus bagi mendapatkan semula laluan menuju ke Puchong," katanya.

Iklan

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sebuah kereta dipandu lawan arus di Lebuhraya MEX.

Beliau berkata, semasa melalui laluan tersebut, pemandu memasang lampu kecemasan dan memandu secara perlahan sejauh kira-kira 30 meter sebelum memasuki laluan menuju ke arah Puchong.

"Pemandu berkenaan merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang juga penjawat awam.

“Kita telah merakam keterangan lelaki itu, siasatan juga mendapati pemandu tersebut memiliki lesen memandu yang masih sah tempoh," katanya.

Menurutnya, kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan terhadap pengguna jalan raya lain.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.