Walcott dedah satu kelemahan Arsenal

Iklan
Walcott melihat Arsenal kurang mantap ketika beraksi di laman lawan. Foto: AFP

ARSENAL dilabel sebagai pasukan ‘luar biasa’ dan memiliki segala ramuan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) namun bekas pemainnya, Theo Walcott memberi amaran mengenai satu kelemahan yang boleh menggugat misi The Gunners musim ini.

Menurut Walcott, prestasi Arsenal ketika beraksi di gelanggang lawan masih menjadi persoalan selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu dikejutkan kekalahan 0-3 kepada Brighton & Hove Albion di Stadium Amex sebelum rehat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Kekalahan tersebut menamatkan permulaan sempurna Arsenal yang sebelum itu mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam saingan liga.

“Berdasarkan apa yang saya lihat ketika mereka beraksi di gelanggang lawan, saya belum begitu yakin.

Iklan

“Bermain di tempat lawan bukan mudah. Ada pemain yang hebat ketika di laman sendiri atau ketika latihan tetapi gagal menyerlah apabila beraksi di tempat lawan pada saat penting,” katanya menerusi talkSPORT.

Bagaimanapun, Walcott tetap percaya Arsenal mempunyai kekuatan untuk mempertahankan mahkota EPL meskipun berdepan cabaran lebih besar musim ini.

Iklan

“Saya fikir mereka luar biasa dan mereka mempunyai segala-galanya untuk mempertahankan kejuaraan.

“Tetapi ia bukan mudah kerana mereka juga pasti mahu memenangi Liga Juara-Juara,” katanya.