[VIDEO] Irene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hari

Iklan

BATU PAHAT - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemukan maut di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, Sabtu lalu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Iklan
Iklan

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad.

Iklan

Suspek dipercayai rakan sekelas kepada mangsa direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek diwakili peguam Suhaila Shafi'uddin.

Iklan

Sebelum itu, suspek merupakan antara tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka ditahan polis beberapa jam selepas mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan maut kira-kira jam 5.30 petang.

Kesemua suspek dipercayai merupakan pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan di dalam dewan sekolah selepas neneknya datang mencari cucunya yang tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan polis bagi mengenal pasti motif serta kejadian sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan