KUALA KANGSAR – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga dari sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini ditemukan meninggal dunia pada Rabu.
Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 6 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bangunan sekolah berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Kenderaan polis keluar dari kawasan sekolah.
Iklan
Menurut beliau, kenyataan lanjut berhubung insiden itu akan dikeluarkan menerusi satu kenyataan media dalam masa terdekat.
Difahamkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Iklan
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.