SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melahirkan rasa sedih susulan kematian seorang pelajar Tingkatan Empat yang ditemukan dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat pada Sabtu.
Beliau berkata, kejadian berkenaan menimbulkan persoalan mengenai perkara yang sedang berlaku khususnya membabitkan keselamatan pelajar di sekolah.
“Sangat menyedihkan menerima berita seorang pelajar Tingkatan Empat yang hadir ke sebuah sekolah di Yong Peng untuk mengikuti kelas tuisyen, ditemui dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia.
Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng.
Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh
Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah
Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara
Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco
Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan
Menurut sumber, mangsa tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.
Katanya, warga emas itu bergegas ke sekolah untuk mencari cucunya sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan lemah.
Radzi turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.
“Takziah buat keluarga mangsa. Semoga diberikan kekuatan menghadapi saat yang amat berat ini dan semoga keadilan buat mangsa dapat ditegakkan,” katanya.