Pelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

Iklan
Seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh.

BATU PAHAT - Tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini, pada Sabtu.

Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu ditahan beberapa jam susulan penemuan mayat mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, kira-kira jam 5.30 petang.

Mereka adalah pelajar sekolah sama dengan mangsa Irene Sofiya yang disyaki dibunuh dengan kejam sebelum ditinggalkan dalam dewan di sekolahnya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolah

Iklan

Pelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudara

Pelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Dalam kejadian itu, mangsa ditemukan neneknya di sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.