Sesi persekolahan 2027 bermula 4 Januari depan - KPM

Iklan
KPM mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Januari depan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Januari depan.

4 Januari hingga 2 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 4 Januari hingga 3 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Iklan
Iklan

Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B adalah bagi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.

Iklan

"Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B,” jelas KPM dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPM berkata, langkah penyeragaman itu bertujuan memastikan keselarasan pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 di seluruh negara selain memudahkan perancangan pentadbiran sekolah, pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih teratur serta efektif. - Bernama

Iklan