Banyak modus operandi dibongkar, PPM rekod 7,627 kes dan 2,707 tangkapan

Iklan
ohd Yusri (kiri) menyempurnakan Sambutan Hari Ulang Tahun PPM Ke-79 di Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang pada Khamis.

KLANG - Pelbagai taktik jenayah di perairan negara dibongkar menerusi tindakan penguatkuasaan Pasukan Polis Marin (PPM) apabila merekodkan 7,627 kes kejayaan dengan tangkapan 2,707 orang dalam tempoh sembilan tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam tempoh itu, jumlah rampasan, kompaun dan saman direkodkan bernilai RM525 juta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, enam akta yang menjadi penyumbang tertinggi ialah Akta Kastam 1967 dengan 189 kes, selain Akta Kawalan Bekalan 1961 (295 kes), Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007(213 kes), Akta Dadah Berbahaya 1952 (428 kes) dan Akta Perikanan 1985 (3,214 kes).

"Tangkapan PATI direkodkan antaranya di perairan Perak, Selangor, Johor selain sepanjang perairan utara semenanjung," katanya dalam sidang akhbar Sambutan Hari Ulang Tahun PPM Ke-79 Tahun 2026 di Markas Operasi PPM Wilayah 1, Pulau Indah di sini pada Khamis.

Iklan

Tambah beliau, pos Pasukan Gerakan Am (PGA) juga telah ditubuhkan bagi memantau dan mengenal pasti hotspot pendaratan PATI yang masuk melalui perairan negara.

Menjelaskan tentang pencapaian direkodkan PPM, Mohd Yusri berkata, ini merupakan hasil pelaksanaan penguatkuasaan secara berterusan di perairan negara termasuk kawasan sempadan menerusi operasi seperti Op Taring Gelora serta Op Taring Landai.

Iklan

Kata beliau, keberkesanan tersebut turut disumbangkan menerusi keberkesanan kerjasama bilateral dan koordinasi rondaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan negara serantau seperti Thailand, Indonesia, Singapura serta Filipina.

"Perkara tersebut sekali gus membuktikan bahawa PPM memainkan peranan sangat penting dalam memperkukuhkan diplomasi keselamatan di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Antara aset PPM yang dipamer dalam Sambutan Hari Ulang Tahun PPM Ke-79 pada Khamis.

Mengulas tentang ulang tahun PPM ke-79, beliau berkata, 1 September 1947 merupakan titik permulaan perjalanan Polis Marin dalam melaksanakan tanggungjawab mengawal keselamatan perairan negara.

"Daripada sebuah pasukan yang awalnya dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan di perairan pelabuhan Pulau Pinang, PPM kini telah berkembang menjadi sebuah pasukan yang menggalas amanah besar dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan undang-undang di seluruh perairan Wilayah Malaysia.

"Pada hari ini, melangkah usia 79 tahun penubuhannya, PPM tetap teguh menyumbang bakti dalam mengawal perairan negara daripada pelbagai ancaman khususnya jenayah maritim," ujarnya.

Tegasnya, ini termasuklah membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, yang secara langsung menjejaskan ekonomi dan mengakibatkan ketirisan hasil pungutan cukai negara.