PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa Pegawai Perubatan Gred UD10 yang masih belum melapor diri supaya berbuat demikian dengan segera sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 7 Okt ini.
Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan pegawai yang terlibat perlu melengkapkan urusan lapor diri di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing.
Iklan
Iklan
"Proses lapor diri Pegawai Perubatan Gred UD10 (Fasa 2) yang dilantik secara tetap dan berkuat kuasa mulai 28 September 2026 masih sedang berjalan dan belum selesai.
"Urusan lantikan fasa berkenaan melibatkan sebanyak 4,255 pegawai perubatan yang ditawarkan penempatan menerusi sistem ePlacement," menurut kenyataan itu.
Oleh itu, KKM memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan memberikan ruang kepada kelancaran proses penempatan berkenaan. - Bernama