Anwar Ibrahim pemimpin ke-8 paling berpengaruh di rantau Asia

Iklan
Anwar bergambar pada Majlis Jamuan Selamat Datang Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 di Shenzhen International Communication Centre (SICC) pada 18 November. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menduduki tempat kelapan dalam senarai pemimpin paling berpengaruh di Asia dengan skor 46 berdasarkan kajian Asia's Most Influential Leaders yang memetik penarafan oleh ABC Asia.

Presiden China, Xi Jinping, mendahului senarai berkenaan dengan skor 100, diikuti Perdana Menteri India, Narendra Modi (79) dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong (74).

Iklan
Iklan

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, turut memperoleh 74 mata, manakala Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mencatat 68 mata.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, berada di kedudukan seterusnya dengan 52 mata, diikuti pemimpin Vietnam, To Lam, yang memperoleh 50 mata.

Iklan

Senarai pemimpin paling berpengaruh di Asia

Penyertaan Anwar Ibrahim dalam senarai itu hadir ketika Malaysia terus mempergiat hubungan diplomatik dengan pelbagai negara serta memainkan peranan lebih aktif dalam menangani cabaran geopolitik dan ekonomi serantau.

Iklan

Antara perkembangan yang mendapat perhatian ialah penglibatan Malaysia dalam usaha meredakan ketegangan antara Kemboja dan Thailand ketika negara mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Malaysia turut memainkan peranan dalam memperkukuh kerjasama serantau menerusi platform ASEAN termasuk dalam aspek keselamatan, perdagangan, pelaburan, ekonomi digital dan kestabilan geopolitik.

Selain itu, penglibatan Anwar dalam Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen, China, pada November ini turut mencerminkan usaha Malaysia memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan dan hubungan strategik dengan rakan antarabangsa. - Awani