Cinta tujuh dekad yang menjadi teladan

Iklan
Kisah Dr Mahathir dan Dr Hasmah mengingatkan kita cinta bukan sekadar kata-kata manis ketika bahagia.

ADA kisah cinta yang berakhir apabila maut memisahkan, tetapi ada juga yang terus hidup dalam ingatan mereka yang ditinggalkan.

Pemergian Tun Dr Hasmah Mohamad Ali pada 28 September 2026 bukan sekadar kehilangan seorang tokoh wanita negara.

Iklan
Iklan

Ia turut menutup satu lembaran kisah kehidupan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbina tujuh dekad, sebuah perjalanan yang menyaksikan cinta, kesetiaan, pengorbanan dan ketabahan diuji dalam pelbagai keadaan.

Kisah mereka bermula di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura pada 1947. Dua anak muda dalam bidang perubatan itu kemudiannya mengikat janji perkahwinan pada 5 Ogos 1956. Dari situ bermula perjalanan yang membentuk keluarga serta menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara.

Iklan

Peranan itu mungkin tidak selalu terlihat, tetapi nilainya besar. Rumah tangga yang bertahan bukan tanpa perselisihan, sebaliknya berlandaskan kepercayaan, kesabaran, toleransi dan rasa hormat yang mengatasi perbezaan

Tujuh dekad bukan tempoh yang singkat. Ia cukup panjang untuk menyaksikan jatuh bangun kehidupan, perubahan zaman, kejayaan, cabaran dan kehilangan.

Iklan

Dalam dunia hari ini yang sering menyaksikan hubungan mudah retak apabila berdepan perbezaan, kisah Dr Mahathir dan Dr Hasmah mengingatkan kita cinta bukan sekadar kata-kata manis ketika bahagia.

Cinta yang sebenar ialah kesediaan untuk terus berdiri di sisi seseorang ketika kehidupan tidak lagi semudah yang diimpikan.

Dr Hasmah mungkin telah pergi, tetapi kisah tujuh dekad itu tidak berakhir di situ. Ia akan terus hidup sebagai sebahagian daripada sejarah negara dan sebagai peringatan bahawa di sebalik setiap perjalanan besar seorang manusia, sering ada insan yang setia berdiri di sisinya.

Pepatah Inggeris ada mengatakan, 'behind every successful man there is a woman' tetapi pepatah itu tidak terpakai untuk Dr Hasmah kerana wanita hebat bukan di belakang Dr Mahathir, tetapi sentiasa berada di sisinya!