Lelaki maut dilanggar bas Rapid KL, pemandu direman sehari

Iklan
Polis menahan pemandu bas untuk membantu siasatan kes kemalangan pada Isnin.

SUBANG JAYA - Pemandu bas Rapid KL ditahan polis untuk siasatan kes kemalangan menyebabkan seorang maut di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, keterangan pemandu bas berusia 29 tahun itu diambil bagi mendapatkan punca sebenar kejadian.

Iklan
Iklan

"Pemandu tersebut direman sehari dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

"Ujian alkohol dan saringan air kencing didapati negatif," katanya pada Selasa.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 6.19 pagi, seorang lelaki berusia 19 tahun dilaporkan maut, manakala seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan ke Subang Mewah.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, ketika melalui Persiaran Subang Permai, bas berkenaan melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.

Iklan

Rapid KL juga komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Pada masa yang sama, Rapid KL akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan penumpang, kakitangan dan semua pengguna jalan raya.