Warga emas maut dalam kejadian langgar lari

Iklan
Warga emas dilanggar kenderaan dibawa ke HDOK sebelum disahkan meninggal dunia.

SANDAKAN - Seorang warga emas maut selepas dirempuh kenderaan ketika cuba melintas di Jalan Utara Batu 4, di sini, pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, lelaki berusia 73 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa disyaki cuba melintas ke seberang jalan.

"Bagaimanapun, mangsa disyaki telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftarannya.

Iklan

"Mangsa kemudian dibawa ke HDOK untuk rawatan lanjut di Zon Merah namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya dalam kenyataan.

Susulan kejadian itu, George meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman daripada kamera papan  boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 089-242222 bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.