Ismail Lasim menghadap Tuanku Muhriz

Iklan
Kenderaan dinaiki Tuanku Muhriz tiba di Istana Hinggap, Seremban pada Selasa.

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini pada Selasa.

Kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dilihat tiba di istana kira-kira jam 10.50 pagi.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan kenderaan Undang Yang Empat yang tidak dipertikaikan iaitu Undang Luak Rembau, Dato' Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Klana Petra, Muhammad Faris Johari serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Kehadiran kesemua mereka menghadap Tuanku Muhriz dipercayai bagi membincangkan krisis adat yang sedang berlaku di negeri terbabit.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Ismail diarahkan untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan penyelesaian krisis adat yang sedang berlaku

Kenderaan dinaiki Ismail tiba di Istana Hinggap, Seremban pada Selasa.

Iklan

Presiden UMNO itu berkata, kaedah terbaik perlu dicari di peringkat negeri bagi memastikan keadaan tidak semakin keruh dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Katanya, Ismail juga diberikan mandat bertemu dengan Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Datuk Shahbandar dan hierarki adat negeri dalam mencari jalan keluar kemelut berpanjangan tersebut.

“Yang penting, rakyat mesti diberikan keutamaan. Masalah mereka mesti ditangani dan mesti disantuni.

“Kita cari jalan penyelesaian yang baik di peringkat negeri dan tentunya kita tidak mahu keadaan semakin keruh dan rakyat akan dimangsakan dengan situasi ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Isnin.