MELAKA - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kesemua tiga daerah di Melaka esok, yang akan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, bakal mengalami keadaan cuaca mendung pada sebelah pagi.
MetMalaysia menerusi portal rasminya juga meramalkan beberapa tempat di ketiga-tiga daerah itu, iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah, akan dilanda ribut petir pada waktu petang.