Kemelut Negeri Sembilan: AMK gesa Ismail berundur, letak jawatan MB secara terhormat

Iklan
Muhammad Kamil

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh, Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan susulan perkembangan yang berlaku di negeri itu.

Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa, perkembangan berkenaan merupakan tindakan yang sangat mengaibkan serta mencemar kesucian dan kemuliaan institusi diraja dan adat di negeri itu.

Iklan
Iklan

"Tidak wajar seorang raja pemerintah Melayu sedang bertakhta diperlakukan sedemikian rupa oleh kelompok yang sering bercakap mengenai soal mempertahankan kedudukan Melayu, Islam dan institusi diraja," katanya dalam satu hantaran di Threads pada Ahad.

Dakwanya lagi, tindakan kelompok berkenaan menunjukkan mereka sendiri mengkhianati amanah tersebut.

Iklan

Muhammad Kamil berkata, kemelut mesti diurus dengan penuh tertib mengikut peraturan dan undang-undang yang termaktub.

Beliau turut merujuk perkara berkenaan yang katanya sudah dibawa ke mahkamah selain perintah injunksi telah dikeluarkan.

Iklan

Menurut Muhammad Kamil, tindakan itu tidak lebih daripada sekadar memenuhi selera politik kelompok tertentu dan didakwanya sebagai satu bentuk penderhakaan serta pengkhianatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

"Dalam keadaan ini, langkah yang paling wajar ialah bagi Datuk Ismail Lasim berundur secara terhormat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan," katanya.