RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di negeri timur laut Brazil, Bahia, kata polis pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 11 malam waktu tempatan pada Jumaat berhampiran Iraquara, di wilayah Diamantina, dengan 22 penumpang menaiki bas.