Dihantar ke asrama dengan harapan, pulang tidak bernyawa

Iklan
Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.

ADA satu perkara yang paling ditakuti setiap ibu bapa apabila menghantar anak ke sekolah berasrama.

Bukan keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang dan bukan juga kegagalan anak menjadi pelajar terbaik.

Iklan
Iklan

Ketakutan sebenar adalah apabila anak yang dihantar dengan penuh harapan untuk menimba ilmu dan membina masa depan, tiba-tiba pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan tidak bernyawa.

Itulah yang menjadikan tragedi membabitkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan begitu meruntun jiwa.

Iklan

Lebih menyedihkan, pemergiannya bukan sahaja meninggalkan persoalan yang menuntut jawapan, malah mengundang rasa pilu dalam kalangan ibu bapa yang meletakkan kepercayaan kepada institusi pendidikan untuk menjaga keselamatan anak-anak mereka.

ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuli

Iklan

Pelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buli

Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun

Bagi ibu bapa, tiada kejayaan akademik atau pencapaian di sekolah yang lebih penting daripada memastikan anak mereka pulang dalam keadaan selamat.

Sebagai seseorang yang pernah melalui kehidupan di sekolah berasrama, penulis tahu pengalaman itu bukan semuanya buruk.

Ketika Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam, banyak pengalaman yang membentuk diri, termasuk membantu penulis yang sebelum itu tidak berani bercakap di hadapan ramai kini menjadi lebih yakin dan berani berbicara.

Beberapa anak saudara perempuan penulis juga pernah bersekolah di asrama dan setakat yang dilihat, nampaknya baik-baik sahaja.

Bagaimanapun, apabila seorang anak saudara lelaki pula mendapat peluang memasuki asrama, perasaan bangga itu hadir bersama rasa sedikit kebimbangan.

Bukan kerana asrama tidak selamat, tetapi takut sesuatu berlaku ketika dia jauh daripada keluarga.

Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak kes buli di sekolah dan asrama khususnya melibatkan pelajar lelaki dilaporkan dan kini ketakutan itu terasa lebih dekat.

Kita sering mendengar mangsa mengatakan mereka ‘okay’, sedangkan mungkin ada perkara yang disimpan sendiri.

Dalam kes ini, bapa saudara Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril,14, turut memaklumkan bahawa anak saudaranya sebelum ini sering mengatakan semuanya ‘okay’ di sekolah.

Persoalannya, berapa ramai pelajar yang sebenarnya tidak okay tetapi memilih untuk berdiam diri?

Polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan dan sudah merekodkan keterangan 21 individu, manakala seorang pelajar berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Punca kematian masih dalam siasatan dan semua pihak perlu memberi ruang kepada polis menjalankan tugas tanpa membuat sebarang kesimpulan awal.

Tidak dinafikan, tragedi terbabit bukanlah masa untuk menuding jari atau membuat kesimpulan sebelum siasatan selesai.

Bagaimanapun, ia masa untuk kita melihat semula sejauh mana keselamatan pelajar benar-benar diberi keutamaan di sekolah mahupun asrama.

Jangan tunggu satu lagi nyawa terkorban untuk kita mengakui bahawa ada sesuatu yang perlu diperbaiki.