KEMAKMURAN sesebuah negara bukan hanya diukur melalui kekayaan, tetapi turut merangkumi kualiti hidup, kebebasan dan kesejahteraan masyarakat.
Legatum Prosperity Index 2026 menilai 161 negara berdasarkan tiga domain utama iaitu pembangunan, kebebasan dan masyarakat.
Berikut merupakan kedudukan 10 negara paling makmur pada 2026.
1. SWITZERLAND
Iklan
- Negara ini menduduki tempat pertama dengan prestasi kukuh merentasi ketiga-tiga domain indeks.
- Switzerland berada di tempat pertama bagi Kebebasan, kedua dalam Pembangunan dan ketujuh bagi Masyarakat.
- Institusi perundangan yang kukuh, kestabilan ekonomi dan persekitaran perniagaan turut menjadi antara kekuatannya.
Norway - Foto AFP
2. NORWAY
Iklan
- Negara Nordik ini kekal antara masyarakat paling makmur dunia dengan ekonomi maju dan kaya sumber.
- Norway mempunyai populasi lebih 5.6 juta penduduk dengan ekonomi bernilai nominal melebihi AS$599.4 bilion (RM2.44 trilion), manakala minyak, gas asli dan makanan laut menjadi antara eksport utamanya.
Ireland - Foto AFP
3. IRELAND
- Ireland melonjak sebagai antara negara berprestasi terbaik dalam indeks 2026.
- Ekonominya bersifat industri dan berorientasikan eksport, khususnya dalam sektor farmaseutikal, kimia serta perkhidmatan teknologi.
- Ireland juga merupakan antara hanya tiga negara bersama Switzerland dan Norway yang berada dalam kelompok 10 terbaik bagi ketiga-tiga domain utama indeks.
Denmark - Foto AFP
4. DENMARK
- Negara ini terus mengekalkan kedudukannya dalam kelompok teratas dunia.
- Negara berpenduduk hampir enam juta itu mempunyai keudukan ekonomi maju, dengan produk biofarmaseutikal, ubat-ubatan dan produk petroleum ditapis antara eksport pentingnya.
Finland - Foto AFP
5. FINLAND
- Finland berada di tangga kelima keseluruhan.
- Negara yang terkenal dengan ribuan tasik dan kawasan hutannya itu mempunyai ekonomi maju, selain mencatat prestasi sangat tinggi dalam beberapa ukuran kebebasan dan masyarakat.
Iceland - Foto AFP
6. ICELAND
- Dengan populasi hanya sekitar 397,000 orang, Iceland membuktikan saiz negara bukan penentu kemakmuran.
- Negara kepulauan itu mempunyai ekonomi maju dan menduduki kedudukan tinggi dalam beberapa ukuran pembangunan serta hubungan sosial.
Sweden - Foto AFP
7. SWEDEN
- Sweden menjadi negara Nordik kelima dalam senarai 10 terbaik.
- Ekonominya sangat maju dan berasaskan industri dengan eksport utama termasuk jentera, kenderaan, farmaseutikal serta peralatan telekomunikasi.
Jerman - Foto AFP
8. JERMAN
- Jerman muncul sebagai salah sebuah ekonomi besar dunia yang turut mencatat tahap kemakmuran tinggi.
- Dalam pecahan indeks 2026, negara itu berada di tempat pertama bagi salah satu ukuran pembangunan, sekali gus membantu meletakkannya di tangga kelapan keseluruhan.
Australia - Foto AFP
9. AUSTRALIA
- Australia menjadi satu-satunya negara dari rantau Oceania dalam kelompok 10 teratas.
- Negara berpenduduk lebih 27.9 juta itu mempunyai ekonomi sangat maju bernilai nominal melebihi AS$3 trilion (RM12.22 trilion), disokong antaranya oleh eksport bijih besi, arang batu dan gas asli cecair (LNG).
Belanda - Foto AFP
10. BELANDA
- Belanda melengkapkan senarai 10 negara paling makmur dunia.
- Negara Eropah itu mempunyai ekonomi sangat maju bernilai nominal melebihi AS$1.45 trilion (RM5.9 trilion) dengan sektor jentera, farmaseutikal, bunga serta petroleum ditapis antara eksport pentingnya. - Agensi