Maduro makin kurus dalam penjara

Iklan
Kualiti makanan penjara yang kurang baik menyebabkan berat badan Maduro susut lebih cepat.

NEW YORK - Bekas Presiden Venezuela digulingkan, Nicolas Maduro yang ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) sejak diberkas pada 3 Januari lalu menghabiskan sebahagian besar masanya membaca teks keagamaan dan falsafah selain mengalami penurunan berat badan ketara sepanjang berada di penjara, menurut laporan The New York Times pada Ahad.

Dari segi kesihatan fizikal, dua sumber yang mengetahui corak pemakanan Maduro mendedahkan kualiti makanan penjara yang kurang baik menyebabkan berat badannya susut lebih cepat berbanding ketika beliau mengamalkan diet Paleo sebelum ditahan.

Iklan
Iklan

Menurut sumber berkenaan, bekas pemimpin itu kini kelihatan jauh lebih kurus. Maduro ditempatkan di sebuah unit pusat tahanan yang pernah menempatkan beberapa tahanan berprofil tinggi termasuk Sean Combs, Sam Bankman-Fried dan Luigi Mangione.

Keadaan isterinya, Cilia Flores, 70, pula dilaporkan lebih membimbangkan. Wanita itu yang sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan membuang rahim ketika ditahan telah kehilangan lebih kira-kira 11 kilogram dan dua batang gigi.

Iklan
Iklan

Maduro dan Flores berdepan pertuduhan termasuk konspirasi melakukan narkokeganasan serta penyeludupan kokain dan pertuduhan lain di AS. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan. Perbicaraan kes itu dijadualkan berlangsung pada Jun 2027. - Agensi