Tukang rumah maut ketika pasang atap

Iklan
Seorang tukang rumah maut ketika sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan atap di sebuah rumah di Peringkat 2, Felda Tenang, pada Selasa. Gambar hiasan

BESUT - Seorang tukang rumah maut ketika sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan atap di sebuah rumah di Peringkat 2, Felda Tenang di sini, pada Selasa.

​Dalam insiden kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa, Zukarnan Alias, 56, yang berasal dari Kampung Bukit Payung, Jerteh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

​Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan selepas mangsa dilaporkan tiba-tiba mengadu pening kepala dan pitam sebelum terjatuh ke bahagian dalam rumah terbabit.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iklan

​Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan pada bahagian dada dan abdomen akibat terjatuh dari tempat tinggi.

"Hasil pemeriksaan dan siasatan menyeluruh dijalankan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kes berkenaan, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.

Iklan