11 kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Sebanyak 11 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini, dengan Sibu merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 175.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain yang turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Mukah (172), Sri Aman (172), Sarikei (160), Kuching (159) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (159).

Iklan
Iklan

Bacaan IPU tahap tidak sihat turut direkodkan di Samarahan (155), Bintulu (154), Samalaju (153), Institut Latihan Perindustrian Miri (121) dan Kapit (104).

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala empat kawasan merekodkan bacaan baik.

Iklan
Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama