Imam diugut, kereta diconteng dipercayai ada kaitan sindiket PATI

Iklan
Mangsa dipercayai menerima ugutan menerusi panggilan telefon. Foto hiasan

KOTA BHARU - Seorang imam di Tumpat menerima ugutan menerusi telefon selain kenderaannya diconteng cat hitam, dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh imam berkenaan pada malam Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, berdasarkan laporan awal, ugutan yang diterima mangsa dibuat menerusi panggilan telefon dan tidak melibatkan ancaman fizikal atau penggunaan senjata.

"Dia (imam) menerima ugutan melalui telefon. Tidak ada ugutan secara fizikal.

Iklan

Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan kegiatan PATI, namun perkara itu masih di peringkat siasatan.

Ujar beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Iklan

Tambahnya, polis akan meneliti laporan serta maklumat yang diberikan mangsa bagi mengenal pasti pihak yang terbabit dan motif sebenar kejadian.