VYBE buka ruang baharu industri kreatif

Iklan
Salah satu gimik pelancaran bersempena pelancaran platform digital VYBE Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA - Industri kreatif, teknologi dan perniagaan disatukan menerusi pelancaran rasmi VYBE Malaysia pada acara Xing Yu Grand Honours × The Shining Award 2026 di D Theatre, Hextar World di sini baru-baru ini.

Acara yang diadakan sempena Hari Malaysia itu turut menjadi platform memperkenalkan filem cereka The Day We Start Again, selain menyaksikan kerjasama strategik serta penyampaian beberapa anugerah.

Iklan
Iklan

Pengasas Xing Yu Group dan VYBE, Dr. Kervis Soo berkata, platform berkenaan dibangunkan untuk mempertemukan pencipta kandungan, jenama, teknologi dan projek sebenar dalam satu rangkaian kerjasama.

“Kami mahu menghubungkan pencipta, jenama dan teknologi supaya lebih banyak peluang kerjasama dapat diwujudkan dalam ekosistem yang sama,” katanya.

Iklan

Kervis (empat dari kanan) pada majlis pelancaran VYBE Malaysia di Petaling Jaya.

Majlis turut menyaksikan pengenalan VYBE Malaysia dan AI Creator Operating System yang memberi penekanan kepada penerbitan kandungan, penglibatan pencipta, kerjasama jenama, projek filem serta penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Iklan

Pada masa sama, VYBE menjalinkan kerjasama dengan Lincoln Professional Academy, Yayasan Dato Malaysia, TTT Bullion (M) Sdn Bhd, Monochrome, QR Fashion, AI Robo dan Media Prism.

Kerjasama berkenaan membabitkan pelbagai bidang termasuk pendidikan, AI, media, aset digital, perniagaan, sistem emas dan ekosistem kandungan, sekali gus memperluas jaringan platform itu dengan pemain industri.

Acara berkenaan turut diserikan dengan penyampaian The Shining Award 2026, TNCSEA Shining Business Award 2026 dan Xing Yu Grand Honours 2026 yang mengiktiraf pencapaian individu serta organisasi daripada pelbagai sektor.

Antara penerima TNCSEA Shining Business Award 2026 ialah Thomas, Datuk Kamil Othman, Prof. Datuk Seri Dr Tan Fong Fook, Datuk Seri Kenta Goh, Clifton Ko Chi-Sum, Yuan Teng, Henn, LOMO Pictures dan Qi AI.

Sementara itu, 'The Day We Start Again' mengetengahkan kisah sekumpulan individu yang mengejar impian dalam dunia perfileman, dengan penceritaan turut menyentuh cabaran, pilihan dan keberanian untuk memulakan kehidupan dari awal.

Filem arahan Ryon Lee itu merupakan karya cereka ke-11 beliau dan dibintangi Olio Tan, Yuan Teng, Charlene An serta Henn.

Ryon berkata, filem berkenaan diharap dapat memberi gambaran kepada penonton bahawa seseorang masih mampu mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan meskipun pernah melalui titik rendah.

“Harapan saya supaya apabila penonton berada pada satu tahap kehidupan yang memerlukan mereka bergerak ke hadapan, mereka dapat menemukan sesuatu daripada watak dan cerita ini,” katanya.

Charlene pula berkata, tema bermula semula yang diketengahkan filem itu dekat dengan kehidupan kerana setiap individu mungkin berdepan keadaan yang memerlukan mereka membuat pilihan baharu.

Bagi Yuan Teng yang membawa watak Ah Fai, pelancaran itu memberi peluang kepada pasukan filem memperkenalkan karakter dan karya berkenaan kepada penonton, manakala penyelarasnya, Eelin Ooi berkata projek itu sudah melalui persediaan lebih enam bulan.

Menurut Eelin, pasukan produksi turut membuka peluang kepada individu yang berminat dalam lakonan dan penciptaan untuk menyertai projek filem, drama pendek serta kandungan akan datang, sekali gus menjadikan pelancaran itu sebagai titik permulaan kepada jaringan bakat dan kerjasama industri yang lebih luas.