SHAH ALAM – Satu lagi detik bersejarah untuk vivo Malaysia apabila mereka secara rasmi memperkenalkan vivo X Fold5, telefon pintar lipat pertama vivo di pasaran tempatan. Direka untuk pengguna moden yang menuntut prestasi tinggi, reka bentuk premium dan kecekapan pintar, vivo X Fold5 sedia menjadi penanda aras baharu dalam dunia telefon boleh lipat.
Ultra ringan dan premium
Dengan berat hanya 217g, vivo X Fold5 lebih ringan daripada kebanyakan telefon biasa menjadikannya mudah dibawa dan digunakan sepanjang hari. Ia tampil dengan reka bentuk engsel kinematik baharu yang tahan lasak dan boleh dilipat sehingga 600,000 kali, serta ketebalan hanya 0.92cm. Memang nipis dan bergaya!
Telefon ini juga kalis cabaran cuaca dan persekitaran. Ia dilengkapi dengan rintangan air IPX8 & IPX9, rintangan habuk IP5X dan ketahanan suhu sejuk hingga -20°C.
Paparan paling cerah dalam telefon lipat vivo
Paparan vivo X Fold5 memang luar biasa dengan kecerahan puncak setempat sehingga 4500 nits pada kedua-dua paparan utama (8.03 inci) dan paparan penutup (6.53 inci). Paparan ZEISS Master Color Display ini bukan sahaja cerah, tapi juga mesra mata, sesuai untuk bekerja atau menonton di mana-mana, walaupun di bawah cahaya matahari.
Dengan ciri tambahan seperti resolusi 2K+, refresh rate 120Hz dan sokongan HDR10+ & Dolby Vision menjadikan pengalaman visual anda pasti memukau dari setiap sudut.
Kamera ZEISS: Kuasa gambar bertaraf profesional
Kerjasama vivo dan ZEISS sekali lagi membuahkan hasil luar biasa dalam bidang pengimejan. vivo X Fold5 dilengkapi sistem kamera hebat yang mampu merakam gambar tajam, penuh warna dan sangat profesional:
- Kamera utama 50MP Ultra-Sensing VCS Bionic (Sony IMX921)
- Kamera Telefoto ZEISS 50MP dengan 3x zum optik dan HyperZoom 100x
- Kamera Ultra Lebar 50MP untuk gambar landskap dan berkumpulan
Tambahan pula, salutan khas ZEISS T* membantu kurangkan silau dan bayang, memastikan setiap gambar nampak natural dan kaya warna, sesuai dengan “ZEISS Look” yang ikonik. Teknologi AI terbina turut memperhalusi kualiti gambar, walaupun pada zum tinggi atau cahaya rendah.
Bateri padu, Cas sekelip mata
vivo X Fold5 hadir dengan bateri BlueVolt 6000 mAh, terbesar pernah digunakan pada telefon lipat vivo. Dengan teknologi bateri separa pepejal, ia bukan sahaja tahan lama, malah lebih cekap tenaga.
- 80W Dual-Cell FlashCharge
- 40W Wireless FlashCharge
Tak kisahlah anda di pejabat, dalam tren atau di luar bandar, vivo X Fold5 bersedia menyokong aktiviti anda sepanjang hari.
AI bijak untuk produktiviti sepanjang hari
vivo X Fold5 bukan sekadar cantik dan berkuasa tetapi ia juga bijak. Dibina untuk memudahkan tugasan harian, ia datang bersama pelbagai alat produktiviti AI:
- Origin Workbench: Buka hingga 5 aplikasi serentak tanpa lag
- vivo DocMaster: Edit PDF, tukar format (Word, PPT), dan simpan dalam satu klik
- Smart Call Assistant & AI Transcript Assist: Transkripsi masa nyata, ringkasan dan terjemahan automatik
- Google Gemini AI: Pembantu digital pintar untuk bantu anda menulis, merancang dan belajar
- Sesuai untuk profesional, pelajar, pereka kandungan atau sesiapa saja yang perlukan peranti serba boleh.
Cip Snapdragon 8 Gen 3, prestasi memukau
Di bawah reka bentuk elegan X Fold5 tersimpan kuasa Snapdragon 8 Gen 3, cipset flagship terkini daripada Qualcomm. Digabungkan dengan RAM Ultra LPDDR5X dan storan UFS 4.1, anda boleh harapkan prestasi tinggi setiap masa:
- 30 peratus peningkatan CPU
- 25 prestasi grafik lebih baik
- 20 penjimatan kuasa
Main game berat, buka banyak aplikasi, atau edit video 4K, semuanya lancar tanpa gangguan.
Harga, varian dan promosi hebat
vivo X Fold5 (16GB + 512GB) dijual pada harga RM6,999. Pra-tempahan dibuka mulai 29 Julai 2025 di laman rasmi vivo https://www.vivo.com/my
Promosi Eksklusif (2 Ogos – 1 September 2025):
- Ansuran Tanpa Faedah iaitu 0% ansuran sehingga 24 bulan dan rebat tunai khas bersama rakan bank.
- Kad Kredit Affin Bank: Rebat RM100 segera dan 5x Mata Ganjaran AFFIN (untuk 100 pelanggan pertama).
- Beli sekarang, bayar kemudian: Pelan ansuran hingga 12 bulan (termasuk SPayLater & Grab) dan diskaun RM60 dengan Grab (perbelanjaan minimum RM550).
- Tukar Beli (Trade-in): Rebat sehingga RM200 bergantung pada peranti lama anda. Promosi tertakluk pada terma & syarat. Sah di Kedai Konsep vivo terpilih sahaja.
Teknologi canggih dalam gaya mewah
Jika anda sedang mencari telefon pintar lipat yang ringan, bergaya, berkuasa dan bijak, vivo X Fold5 adalah jawapan paling lengkap. Sama ada anda seorang usahawan, pelajar, gamer, atau pencipta kandungan, telefon ini mampu memenuhi semua keperluan anda dengan gaya dan teknologi terkini.
Layari laman web rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut https://www.vivo.com/my, Facebook: vivoMalaysia dan Instagram: @vivo_malaysia