Jerebu: 32 kawasan catat IPU tidak sihat

Iklan
Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Putrajaya telah mencatatkan tahap tidak sihat iaitu 174 pada jam 12 tengah hari Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR -  Sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan tertinggi dicatatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (173) di Sarawak, manakala sembilan kawasan lain di negeri itu turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan (168), Kuching (166), Sri Aman (157), Bintulu (155), Miri dan Sibu masing-masing 153, Samalaju (131), Limbang (116) dan ILP Miri (106).

Iklan
Iklan

IPU tidak sihat turut dicatatkan di Putrajaya dengan bacaan 161 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (160), Shah Alam, Selangor (157), Seremban, Negeri Sembilan (156), manakala di Johor melibatkan Segamat (156) serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing 155.

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pula merekodkan bacaan 155, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 153, Bandaraya Melaka dan Larkin, Johor masing-masing 152 serta Petaling Jaya, Selangor (151).

Iklan

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (147), Banting, Selangor (132), Port Dickson, Negeri Sembilan (126), Alor Gajah, Melaka (119), Indera Mahkota Kuantan, Pahang (111), Kuala Selangor (108), Klang (107) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (103).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).- Bernama 

Iklan