SEPANG - Suasana di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki warga Bangladesh menjerit serta mengganggu penumpang lain dalam kejadian pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihak kawalan keselamatan terminal yang hadir untuk menenangkan keadaan kemudian membawa lelaki terbabit ke Balai Polis Terminal 1 bagi tindakan lanjut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke Bangladesh pada jam 10.20 malam.
"Semasa tempoh bertenang, suspek dilihat tidak dapat mengawal diri dan bertindak agresif.
Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing berkelakuan agresif di kaunter syarikat penerbangan, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Ravi berkata, pihak kedutaan turut dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan penyebaran berita tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran di tempat awam.