Faedah HUS di bawah Skim LINDUNG 24 Jam perlindungan komprehensif untuk pekerja

Iklan
Wacana Rakyat Sinar Harian bertajuk 'Kerja 8 Jam, Risiko 24 Jam' menampilkan (dari kiri) Hos, Anim Ezati Mohd Khalid; Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang; Pakar Pengurusan Sumber Manusia (HR), Malaysia, Ku Sim Ling dan Orang Berinsuran PERKESO, Azrul Azuan Abdullah yang berlangsung di Strand Mall Kota Damansara pada Sabtu. Foto : SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KOTA DAMANSARA - Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam memberikan perlindungan sepenuhnya kepada pencarum bukan sahaja dari segi pendapatan.

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Strategi dan Korporat) PERKESO, Edmund Cheong Peck Huang, pekerja turut dilindungi di bawah elemen perundangan berdasarkan Seksyen 53 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, undang-undang tersebut menetapkan bahawa majikan tidak boleh memberhentikan, memecat atau menghukum pekerja hanya kerana individu berkenaan berada dalam tempoh cuti sakit atau menerima faedah HUS akibat bencana kerja.

Edmund menekankan bahawa perlindungan tambahan tersebut tidak hanya melindungi pendapatan, tetapi jaminan kepada pekerjaan itu sendiri.

Iklan

"Katakanlah ada pekerja yang ambil cuti sakit selama tiga bulan, majikan tak boleh hukum mereka sepanjang tempoh tersebut.

"Jadi, pekerja terbabit tak perlulah merasa bimbang atau posisinya terjejas, bertanya-tanya adakah dia akan dipecat dan diberi surat amaran.

Iklan

"Ini kerana HUS di bawah Skim LINDUNG 24 Jam ialah perlindungan yang jelas termaktub dalam undang-undang," katanya.

Edmund berkata demikian ketika siaran langsung edisi ke-489 Wacana Rakyat Sinar Harian bertajuk 'Kerja 8 Jam, Risiko 24 Jam' bertempat di Strand Mall, di sini pada Sabtu.

Beliau menegaskan, Skim LINDUNG 24 Jam sememang direka khas untuk memberikan perlindungan tambahan dan gantian pendapatan semasa pencarum memperoleh sakit atau mengalami cacat kekal.

Edmund bagaimanapun tidak menafikan ketiadaan perlindungan sosial ke atas pencarum mungkin berupaya mengheret keluarga ke dalam lembah kemiskinan.

Mengulas tentang perubahan yang dilakukan PERKESO, Edmund berpendapat bahawa pekerja pada 10 tahun lalu amat berbeza dengan sekarang, begitu juga risiko.

"Kalau dahulu perlindungan pekerja bermula dari rumah hingga ke tempat kerja dan balik semula ke rumah. Tetapi, jangan lupa yang risiko tidak terhenti dan sentiasa ada. Disitulah munculnya peranan Skim LINDUNG 24 Jam.

"Statistik PERKESO menunjukkan sebelum wujudnya skim ini, lebih 30,000 permohonan ditolak kerana ia berlaku di luar waktu kerja.

"Kami sebagai pegawai PERKESO pun sedih kerana mereka tiada perlindungan, sebab itulah akta dipinda bagi memastikan ada perlindungan untuk pekerja," ujarnya.

Pada hemat beliau, caruman tambahan Skim LINDUNG 24 Jam sebanyak 0.75 peratus tidak boleh dilihat sebagai 'membebankan', sebaliknya memanfaatkan pencarum.

"Katakanlah seseorang pekerja yang bergaji RM3,000 maka carumannya RM22.15 sebulan. Tetapi, kita kena faham yang ia bukan satu tabungan atau mengikut berapa lama pekerja mencarum.

"Kita melihat kepada berapa banyak carumannya dan sekiranya cukup, ia akan memberikan faedah mengikut peratusan caruman," jelas Edmund lagi.