Wanita maut dilanggar, digilis treler

Iklan
Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebelum digilis sebuah treler di persimpangan lampu isyarat

ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 21 tahun maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebelum digilis sebuah treler di persimpangan lampu isyarat Alor Setar Mall, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, mangsa, Nur Atiqah Umairah Suhaimi, dipercayai sedang bergerak bersama sebuah treler dari arah Masjid Aman menghala ke Alor Setar Mall dan Taman Desa Seraya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, hasil siasatan awal kemalangan dipercayai motosikal itu berada terlalu rapat di sebelah kiri treler, iaitu kawasan titik buta yang menyebabkan pemandu treler tidak menyedari keberadaan motosikal berkenaan.

Impak perlanggaran menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis treler terbabit.

Iklan

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan berada di simpang lampu isyarat.

“Apabila lampu isyarat bertukar hijau, kedua-dua kenderaan mula bergerak untuk membelok ke kanan.

Iklan

“Treler yang berada di sebelah kanan motosikal kemudian bergesel dan melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, impak perlanggaran menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis treler terbabit.

“Mangsa yang bekerja di sebuah cafe di sini disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya.

kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan berada di kepala simpang lampu isyarat.

Syed Basri berkata, bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan saksi bebas yang melihat kejadian serta memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi.

Menurutnya, kenderaan yang terlibat turut ditahan bagi pemeriksaan lanjut.

"Ujian saringan air kencing terhadap pemandu treler berusia 40 tahun itu juga didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.