SPRM cari Lean Seng

Iklan
Lean Seng dicari SPRM bagi membantu siasatan kes. Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Seorang lelaki tempatan sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu itu ialah Toh Lean Seng, 53.

Iklan
Iklan

"Lean Seng telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan telah dibuat di alamat terakhir di 15-1 231, TR Service Apartment, 231 Jalan Tun Razak, 50490 Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohd Shokray Yahaya di talian 019-6236680 atau melalui emel mohdshokray@sprm.gov.my," katanya pada Jumaat.

Iklan
Iklan