Warga emas sanggup ke Chiang Mai mahu bertemu kekasih, rupanya AI

Iklan
Wanita terbabit melakukan perjalanan seorang diri dari Lampang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk bertemu kekasih yang dipercayai juruterbang, namun mendapati lelaki itu hanyalah watak AI.

CHIANG MAI – Seorang wanita berusia 66 tahun sanggup melakukan perjalanan seorang diri dari Lampang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai, Thailand, kerana mahu bertemu lelaki yang dipercayainya seorang juruterbang dan kekasihnya.

Bagaimanapun, impiannya untuk bertemu lelaki dikenali sebagai ‘Chai’ itu tidak kesampaian selepas pihak berkuasa mendapati individu berkenaan sebenarnya watak yang dijana kecerdasan buatan (AI).

Iklan
Iklan

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit dibantu Polis Pelancong Chiang Mai dan petugas keselamatan lapangan terbang kira-kira jam 8 malam pada 16 September lalu selepas dia dilihat menunggu seorang diri di terminal penumpang.

Wanita itu memberitahu pegawai bahawa dia datang ke Chiang Mai khusus untuk bertemu Chai yang dipercayainya bekerja sebagai juruterbang.

Iklan

Hasil perbualan dan pemeriksaan lanjut, pegawai mendapati lelaki yang mahu ditemuinya itu bukan individu sebenar, sebaliknya watak yang dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Wanita berkenaan dipercayai mula menaruh perasaan terhadap watak tersebut selepas kerap melihat kandungan berkaitan ‘Chai’ menerusi platform Facebook.

Iklan

Dia menyangka watak berkenaan ialah manusia sebenar sebelum mengambil keputusan melakukan perjalanan dari Lampang ke Chiang Mai untuk bertemu dengannya.

Wanita itu dilaporkan menaiki bas awam dari Lampang sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang dengan harapan dapat bertemu ‘kekasihnya’.

Bagaimanapun, usaha pihak berkuasa mendapatkan maklumat lanjut berdepan kesukaran apabila wanita itu banyak menggunakan bahasa daripada kumpulan etnik minoriti selain kelihatan keliru ketika berkomunikasi.

Polis Pelancong, petugas lapangan terbang dan pasukan penyelamat kemudian bekerjasama mengesan ahli keluarga wanita terbabit.

Mereka akhirnya berjaya menghubungi anak lelakinya dan menjelaskan perkara yang berlaku.

Keluarganya memaklumkan bahawa mereka tidak mengetahui wanita itu telah meninggalkan Lampang dan pergi ke Chiang Mai.

Sementara menunggu urusan kepulangannya diselesaikan, petugas menyediakan tempat selamat untuk wanita berkenaan berehat sementara di dalam terminal.

Pihak berkuasa kemudian menyelaraskan urusan bersama keluarganya bagi memastikan wanita itu dapat pulang dengan selamat ke wilayah asalnya pada keesokan harinya.