300 kilogram kokain ditemukan dalam kotak pisang

Iklan
Sebanyak 300 kilogram kokain ditemukan dalam kotak pisang di sebuah pasar borong di bandar Nuremberg, selatan Jerman. Gambar hiasan janaan AI

NUREMBERG - Pihak polis dan pegawai kastam Jerman menemukan 300 kilogram kokain dalam kotak pisang di sebuah pasar borong di bandar Nuremberg, selatan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pejabat Polis bahagian Jenayah Negeri Bavaria (LKA) di Munich pada Rabu memaklumkan bahawa dadah yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira €20 juta (AS$22 juta) mengikut harga pasaran.

Iklan
Iklan

Menurut LKA, pihak pengurusan pasar borong berkenaan menghubungi polis pada Isnin susulan cubaan pecah masuk.

Susulan kejadian itu, pemeriksaan dijalankan terhadap kotak pisang yang sedang disediakan untuk dihantar kepada peruncit makanan.

Iklan

Seorang pekerja menyedari bahawa satu daripada kotak berkenaan terlalu berat sebelum penyiasat menemukan beberapa ketulan kokain di dalamnya.

LKA memaklumkan bahawa polis dan pihak berkuasa kastam kemudian memeriksa sejumlah besar kotak yang disusun di atas 50 palet dan menemukan lebih banyak ketulan kokain.

Iklan

Siasatan mendapati kotak pisang berkenaan tiba di pelabuhan Vlissingen, Belanda, menerusi sebuah kapal kargo dari Ecuador sebelum dihantar ke Nuremberg. - Bernama-dpa