Penggodam curi AS$132 juta daripada bank Perancis

Iklan
Beberapa transaksi menerusi aplikasi bank berkenaan tidak dapat dilakukan susulan serangan itu. Gambar hiasan

MOSCOW - Bank Perancis, Credit Mutuel Arkea menjadi mangsa serangan penggodam yang mengakibatkan €118 juta (AS$132.5 juta) dicuri daripada akaunnya, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik akhbar Le Telegramme.

Menurut laporan Le Telegramme pada Rabu, Credit Mutuel memberi jaminan bahawa kejadian itu tidak akan memberikan sebarang kesan kewangan kepada pelanggannya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beberapa transaksi menerusi aplikasi bank berkenaan tidak dapat dilakukan susulan serangan itu.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa wang yang dicuri telah dipindahkan ke beberapa akaun yang dikaitkan dengan platform pertukaran mata wang kripto. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Iklan
Iklan