Gurauan 3R, body shaming yang memalukan

Iklan
Tidak wajar gurauan 3R, body shaming yang memalukan dilakukan kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk. - Imej janaan AI

TERUK perwakilan UMNO kena belasah dengan pemimpin masyarakat dan penganut agama Kristian mengenai gurauan yang dibuat dalam perhimpunan parti itu baru-baru ini.

Merak Jalanan tidak mahulah menulis semula jenaka yang dibuat secara terbuka di hadapan para perwakilan yang hadir dan kini tular ke media-media sosial.

Iklan
Iklan

Memang tidak wajar sangatlah jenaka itu dibuat kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Ini boleh dikategorikan sebagai jenaka yang menyentuh tentang sensitiviti 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

Iklan

Memang elok sangatlah individu yang terbabit ini membuat permohonan maaf, tetapi ibarat nasi sudah pun menjadi bubur, terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata, memang buruk padahnya.

Merak Jalanan harap isu ini dapatlah diselesaikan dengan baik dan tidak perlulah ada pihak hendak ambil kesempatan mengapi-apikan atau mengeruhkan suasana.

Iklan

Selain itu, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyentuh tentang fizikal Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad juga menimbulkan kurang senang banyak pihak.

Kalau ikut tafsiran, kata-kata Ahmad Zahid itu ibarat body shaming atau dalam bahasa Melayu kecam badan, sindir badan atau ejekan tubuh.

Tetapi Merak Jalanan yakin beliau hanyalah sekadar bergurau, malah anak perempuan Ahmad Zahid sendiri sudah mohon maaf kepada Noraini.

Merak Jalanan difahamkan, Noraini sebenarnya amat mementingkan kesihatan beliau sehingga begitu berhati-hati dalam pengambilan makanan.