Lelaki didakwa pandu melulu, berbahaya sengaja sebabkan anggota polis cedera parah

Iklan
Hari Kumar (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa atas dua pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan seorang anggota trafik cedera.

KOTA TINGGI - Seorang operator kilang di Singapura didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dua dakwaan memandu secara melulu dan merbahaya serta menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis trafik, Ahad lalu.

Tertuduh, S Hari Kumar, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret, Norkhalida Farhana Abu Bakar

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai penunggang motosikal Yamaha 135LC telah menunggang di Jalan Yusuf, bandar Kota Tinggi secara melulu dan membahayakan lebih kurang jam 10. 03 pagi, 13 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama maksimum lima tahun dan didenda tidak lebih daripada RM15,000.

Mahkamah juga hendaklah memerintahkan lesen memandu tertuduh boleh diendorsekan, hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dari tarikh sabitan.

Iklan

Jika seseorang yang memegang lesen memandu percubaan disabitkan di bawah seksyen ini, mahkamah hendaklah sesudah itu membatalkan lesen memandunya itu.

​Sementara pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada anggota polis yang sama semasa penjawat awam itu menjalankan kewajipannya dengan sah di sisi undang-undang sebagai penjawat awam lebih kurang 9.45 pagi di Jalan Yusuf.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 333 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai 10 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nuraini Shapee manakala tertuduh diwakili peguam B Mariammah.

B Mariammah memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah memandangkan tertuduh bekerja di Singapura dengan gaji 1,500 (SGD) serta perlu menanggung ibu bapanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta menetapkan 5 Oktober deepan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.