Pelancong asing terkandas di Malaysia dibenarkan tinggal sementara

Iklan
Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA – Pelancong asing yang terkandas di Malaysia dibenarkan terus tinggal sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan penerbangan dibuka semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kos tempat tinggal mereka ditanggung sendiri.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya ramai pelancong asing (terkandas) di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan. Mereka ini sebenarnya yakin dengan tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani koronavirus (Covid-19) berbanding kerajaan negara mereka sendiri.

"Mereka boleh terus tinggal di sini dengan kos ditanggung sendiri. Kita tahu sekarang ini tidak ada penerbangan pulang untuk mereka pulang. Mereka ini sebenarnya datang ke Malaysia sebelum kita laksanakan PKP,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sekiranya pelancong asing ini didapati mempunyai gejala Covid-19, kerajaan akan mengambil tindakan untuk menyaring dan melakukan tindakan seterusnya.