Maut renjatan elektrik: 'Saya datang nak ambil isteri, terkejut lihat terbaring di kolam ikan'

Iklan
Suami kepada seorang pelajar praktikal terkejut apabila melihat tubuh isterinya terbaring kaku tidak bernyawa berhampiran sebuah paip di kolam ternakan dipercayai akibat renjatan elektrik.

​BESUT - Suami kepada seorang pelajar praktikal terkejut apabila melihat tubuh isterinya terbaring kaku tidak bernyawa berhampiran sebuah paip di kolam ternakan ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini pada Ahad.

​Niat Wan Muhammad Naim Wan Hussin, 28, untuk menjemput isterinya pulang berehat tengah hari bertukar tragedi selepas menyedari isterinya, Rubayyi Razak, 27, maut bersama pemilik kolam ternakan berkenaan, Wan Adilah Wan Awang, 49, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Iklan
Iklan

​Wan Muhammad Naim berkata, dia yang tiba di lokasi kejadian mula berasa curiga apabila kelibat isterinya tidak kelihatan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita maut terkena renjatan elektrik

Iklan

Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal

Wan Muhammad Naim berkata, dia yang terkejut dengan situasi itu cuba mendapatkan bantuan pekerja kolam berdekatan tetapi tidak berani menghampiri isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik.

Iklan

​"Sepatutnya saya mengambilnya pulang berehat pukul 1 tengah hari dan hantar semula pukul 3 petang kerana keretanya belum diservis.

​"Malangnya bila sampai, kelibat dia tiada seperti biasa dan saya mencarinya di sekeliling kawasan kolam sebelum jumpa mereka terbaring berdekatan sebuah paip," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut di sini pada Ahad.

Allahyarhamah pelajar praktikal, Rubayyi Razak yang maut bersama pemilik kolam ikan.

​Melihat keadaan itu, Wan Muhammad Naim berkata, dia tidak berani menghampiri jasad isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik dan bergegas mencari bantuan daripada pekerja kolam berdekatan.

​Menurutnya, arwah merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Biodiversiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka yang menjalani latihan industri di kolam berkenaan sejak 10 Ogos lalu dan dijangka tamat awal Oktober depan.

Wan Adilah Wan Awang merupakan antara mangsa yang maut terkena renjatan elektrik

​Katanya, pemergian tragis itu memberi kesan mendalam buat dirinya serta dua anak mereka yang masih kecil iaitu Wan Muhammad Raees, 2, dan Wan Muhammad Nur Haqeem yang baru berusia empat bulan.

​"Anak-anak sebelum ini berada di bawah jagaan ibu mentua saya ketika isteri berada di universiti, tetapi apabila dia menjalani praktikal di sini, kami bawa mereka tinggal bersama di Kampung Lahar.

​Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim mengesahkan kejadian membabitkan dua wanita yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik di kolam ternakan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita maut terkena renjatan elektrik