Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal

Iklan
Wan Adilah Wan Awang merupakan antara mangsa yang maut terkena renjatan elektrik

BESUT - [DIKEMAS KINI] Dua mangsa yang maut dalam kejadian renjatan elektrik di sebuah kolam ternakan ikan di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini pada Ahad merupakan seorang pelajar praktikal, Rubayyi Razak, 27, bersama pemilik kolam ikan, Wan Adilah Wan Awang, 49.

​Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran sebuah paip berdekatan kolam berkenaan.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita maut terkena renjatan elektrik

Menurut suami kepada Rubayyi, Wan Muhammad Naim Wan Hussin, 28, dia menemukan isterinya bersama majikan terbaring ketika tiba di lokasi untuk menjemput wanita berkenaan pulang berehat.

Iklan

Wan Muhammad Naim berkata, dia yang terkejut dengan situasi itu cuba mendapatkan bantuan pekerja kolam berdekatan tetapi tidak berani menghampiri isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik.

​"Namun apabila tiba, kelibatnya tiada seperti biasa sebelum saya bertindak mencarinya di sekeliling kawasan kolam dan menemukan mereka terbaring," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Besut.

Iklan

Allahyarhamah pelajar praktikal, Rubayyi Razak yang maut bersama pemilik kolam ikan.

​Wan Muhammad Naim berkata, dia yang terkejut dengan situasi itu cuba mendapatkan bantuan pekerja kolam berdekatan tetapi tidak berani menghampiri isterinya kerana dikhuatiri masih terdapat arus elektrik.

​Menurutnya, arwah merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Biodiversiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jengka yang menjalani latihan industri di kolam berkenaan sejak 10 Ogos lalu dan dijangka tamat awal Oktober depan.

Kakak kepada Allahyarham Wan Adilah, Wan Affida Malina Wan Awang, 51.

​Katanya, pemergian arwah memberi kesan mendalam buat dirinya dan dua anak mereka yang berusia dua tahun serta empat bulan, manakala jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kamis, Kelantan selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bergegas ke lokasi.