Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul tiba di kampung halaman

Iklan
Jenazah Allahyarham Dr Ainul diusung masuk ke masjid di Pengkalan Chepa.

KOTA BHARU - Jenazah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamarudin yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Miri, Sarawak, tiba di kampung halamannya di Baung, Pengkalan Chepa di sini pada Ahad.

Jenazah dibawa ke Masjid Al Karomah, Mukim Baung Besar untuk disolatkan sekali lagi selepas Zuhur.

Iklan
Iklan

Van yang membawa jenazah Allahyarham tiba kira-kira jam 11.50 pagi dengan diiringi kenderaan polis sebelum disambut saudara-mara, kenalan dan penduduk setempat.

Turut mengiringi jenazah ialah suami Allahyarham, Muhammad Faiz Abdul Malik dan bapa, Kamarudin Salleh, 69, bersama ahli keluarga.

Iklan

Muhammad Faiz (kiri) dan Kamarudin (tengah) yang mengiringi jenazah ke Kelantan.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Wan Norhanita Wan Yaakob serta beberapa pemimpin setempat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Jenazah disolatkan sekali lagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper untuk urusan pengebumian.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, dan Dr Ainul Baraah disolatkan selepas solat Subuh di Masjid Jamal Addin, Taman Jelita, Miri, selepas Subuh pada pagi Ahad.

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Solat jenazah itu diimamkan Penolong Imam Bahagian Miri, Ustaz Mohamad Ardy Putera Zainudin dan disertai kira-kira 300 jemaah.

Jenazah Dr Ainul, 33, kemudian diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 8.30 pagi untuk dibawa pulang ke Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Jenazah Kapten Zainol pula dijadual diterbangkan menerusi perkhidmatan MASkargo dengan penerbangan Malaysia Airlines pada 12.10 tengah hari.

Wan Norhanita (dua dari kanan) yang turut mendoakan Allahyarham.

Tiga lagi mangsa ialah jururawat Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok,44, serta penolong pegawai perubatan Alexson Adit Henry.

Sebelum ini, helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang membawa mereka termasuk juruterbang dilaporkan terhempas dan terbakar pada Selasa.