KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesedihannya apabila permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya dalam masa sama mengharapkan perkara terbaik dapat diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
"Kami juga merayu agar gunakanlah seluruh kebijaksanaan dan daulat Tuanku untuk membuat keputusan yang terbaik.
"Kami tetap mendukung institusi raja-raja selain mengharapkan (perkara) yang terbaik diberikan kepada Datuk Seri Najib," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bakal diadakan kelak.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan