Klinik desa, kuarters kesihatan terbakar

Iklan
Kebakaran melibatkan sebuah bangunan klinik jenis kelas B bersama sebuah kuarters yang telah terbakar hampir 90 peratus. Foto: JBPM

LENGGONG - Sebuah Klinik Desa di Kampung Sumpitan di sini hampir musnah dalam kebakaran awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian dilaporkan pada jam 4.04 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong dan Batu Kurau tiba di lokasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setibanya anggota di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan klinik jenis kelas B bersama sebuah kuarters yang telah terbakar hampir 90 peratus.

"Operasi pemadaman dikawal pada jam 4.50 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Perak Operasi pemadaman dikawal pada jam 4.50 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi. Foto: JBPM

Beliau berkata, operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan kekuatan dua jentera.

Katanya, pihak bomba menggunakan satu aliran hos bantu mula dan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air bagi memadamkan kebakaran, dengan sumber air diperoleh daripada jentera serta sumber terbuka berhampiran.

Iklan

"Operasi turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keadaan selamat," katanya.