PPZ-MAIWP terima zakat perniagaan hampir RM8 juta
Iklan
Zulkifli (depan, sepuluh dari kiri) bersama wakil 15 koperasi yang menunaikan zakat perniagaan.
PUTRAJAYA - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7,986,611.52 juta daripada 15 koperasi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, bayaran berkenaan mencerminkan komitmen berterusan koperasi berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab berzakat dan menyumbang kepada kesejahteraan golongan yang memerlukan melalui institusi zakat.
Iklan
Iklan
“Kita mahu kejayaan serta keuntungan yang dijana dalam masyarakat turut mengalir kepada golongan yang memerlukan. Kita mahu mereka yang menerima bantuan bukan selama-lamanya bergantung kepada bantuan, sebaliknya dibimbing sehingga mereka mampu berdiri dengan lebih kukuh,” katanya ketika berucap pada Majlis Zakat Koperasi anjuran PPZ-MAIWP pada Selasa.
Berdasarkan rekod, setakat Ogos tahun ini, sebanyak RM114 juta telah diterima daripada bayaran zakat perniagaan melibatkan pelbagai sektor, termasuk sektor koperasi
Iklan
Tambah Zulkifli, pembayaran zakat perniagaan juga membuktikan bahawa koperasi bukan sahaja berperanan sebagai pemacu aktiviti ekonomi dan kebajikan anggota, malah turut memainkan tanggungjawab besar dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang memerlukan.
"Pembayaran zakat perniagaan melalui saluran yang sah dan berautoriti penting bagi memastikan dana berkenaan diuruskan secara teratur serta disalurkan kepada golongan asnaf yang berhak menerimanya," ujar beliau.
Iklan
Beliau turut berharap komitmen ditunjukkan setiap koperasi menjadi contoh dan inspirasi kepada lebih banyak entiti perniagaan serta organisasi untuk melaksanakan kewajipan zakat.
“PPZ-MAIWP akan terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak mengenai kewajipan zakat perniagaan, sekali gus memastikan dana zakat dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kesejahteraan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>