Rusia-Korea Utara buka jambatan darat pertama

Iklan
Trak Korea Utara melintasi Jambatan Yakov Novichenko yang menghubungkan kedua-dua negara. - Foto Agensi

MOSCOW - Rusia dan Korea Utara pada Isnin membuka jambatan darat pertama yang menghubungkan sempadan kedua-dua negara sebagai usaha memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

Menurut Kremlin, jambatan dinamakan sempena nama pegawai Soviet, Yakov Novichenko merentasi Sungai Tumen sepanjang satu kilometer itu dilengkapi dua lorong dan boleh menampung sehingga 300 kenderaan sehari melalui pusat pemeriksaan sempadan baharu.

Iklan
Iklan

Ia menghubungkan Rason di Pyongyang dengan Khasan di Moscow.

Majlis perasmian berlangsung serentak di kedua-dua bandar dengan Perdana Menteri, Mikhail Mishustin dan rakan sejawatannya di Pyongyang, Pak Thae Song menghadirinya melalui sidang video.

Iklan

Rusia dan Korea Utara yang sebelum ini dihubungkan melalui jambatan kereta api serta perkhidmatan udara bersetuju untuk membina jambatan kenderaan merentasi Tumen pada 2024 dengan kerja pembinaannya bermula tahun lalu.

Hubungan Rusia dan Korea Utara semakin erat setelah Pyongyang dikatakan membekalkan peluru dan tentera untuk membantu Moscow dalam perang di Ukraine sebagai pertukaran dengan bantuan ekonomi serta ketenteraan. - Agensi

Iklan