'Utamakan pengukuhan tatakelola, akauntabiliti dan pematuhan' - KSN

Iklan
Shamsul Azri (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Nasional Siri 8 Bil 2 Tahun 2026 di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada Isnin. Foto: SPRM

PUTRAJAYA - Pengukuhan tatakelola, akauntabiliti dan pematuhan perlu terus diberi keutamaan bagi memastikan sebarang kelemahan serta ketidakpatuhan dapat dikenal pasti dan ditangani di peringkat awal, sekali gus mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, pegawai kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) perlu memainkan peranan secara aktif dan bukan sekadar menghadiri mesyuarat.

Iklan
Iklan

“Ahli Lembaga Pengarah perlu berani bersuara, mengemukakan pandangan profesional dan menilai setiap cadangan secara teliti.

Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman.

Iklan

Mengulas lanjut,  Shamsul Azri berkata, setiap pandangan, teguran atau kebimbangan yang dikemukakan pegawai kerajaan ketika mesyuarat lembaga juga perlu direkodkan dengan jelas dalam minit mesyuarat.

Katanya, rekod berkenaan penting sebagai rujukan rasmi selain memastikan pendirian dan pandangan pegawai dapat dikenal pasti sekiranya timbul persoalan berhubung keputusan yang dibuat.

Iklan

Selain itu, beliau turut menyarankan supaya 36 hasil penyelidikan berkaitan tatakelola, integriti dan antirasuah dalam pelbagai sektor utama negara yang dibentangkan menerusi Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah dari 2022 hingga 2025 dibawa ke Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR).

Beliau mencadangkan agar hasil penyelidikan itu diedarkan kepada semua agensi kerajaan untuk dijadikan sumber rujukan dalam merangka dasar dan strategi berkaitan tatakelola, integriti serta pencegahan rasuah.

Menurutnya, hasil penyelidikan berkenaan dapat membantu mengenal pasti kelemahan dan ruang penambahbaikan, sekali gus memperkukuh usaha pencegahan rasuah, tatakelola serta integriti kerajaan secara berterusan.