Pemenang Oscar dedah 'dipulaukan' industri filem kerana sokong Palestin

Iklan
Susan

ITALI - Pemenang anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada 1996, Susan Sarandon mendedahkan dirinya masih kehilangan tawaran kerja disebabkan keterbukaannya menyokong Palestin.

Bercakap semasa sidang akhbar Festival Filem Venice 2026 bagi mempromosikan filem terbaharunya, The Echo Chamber, Sarandon berkata, sebahagian daripada industri perfileman memulaukannya hingga kini.

Iklan
Iklan

“Saya masih kehilangan tawaran membintangi filem baru-baru ini kerana terdapat agensi yang masih memberitahu pihak tertentu supaya tidak mengambil saya bekerja.

“Tetapi itulah struktur kuasa. Saya rasa dalam kalangan masyarakat khususnya di peringkat antarabangsa, saya diterima dengan baik," katanya baru-baru ini.

Iklan

Pelakon berusia 79 tahun itu berpandangan, naratif tersebut berubah sepenuhnya dari segi kepentingan sejarah Palestin, hubungan Zionis dengan Amerika Syarikat (AS) dan landskap politik negara.

“Ia satu pendedahan besar kepada orang ramai mengenai jumlah wang yang disalurkan AS kepada Israel. Tidak ramai yang benar-benar memahami perkara itu.

Iklan

Tinjauan di AS menunjukkan sokongan terhadap Israel semakin berkurangan, manakala simpati terhadap rakyat Palestin meningkat sejak tercetusnya konflik di Gaza pada 2023.

Sarandon yang pernah memenangi anugerah berprestij itu menerusi filem Dead Man Walking digugurkan oleh agensi lakonan yang sudah lama menaunginya iaitu UTA pada 2023.

Ia susulan kenyataan yang dibuatnya ketika menghadiri perhimpunan pro-Palestin.

Antara kenyataannya ketika itu menyebut 'ramai orang takut untuk menjadi Yahudi pada ketika ini dan mereka sedang merasai bagaimana perasaan menjadi seorang Muslim di negara ini'. - AGENSI