Sekurang-kurangnya 10 maut, puluhan cedera dalam letupan di pangkalan tentera Bolivia

Iklan
Anggota kecemasan dan bomba bertugas di lokasi letupan di sebuah berek tentera di Viacha, Bolivia. Foto AFP

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 10 individu maut dan puluhan lagi cedera selepas dua letupan besar berlaku di sebuah berek tentera di barat Bolivia pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pegawai.

Pengarah Kesihatan Viacha Rita Nebraska memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa laporan awal tentera menunjukkan antara 10 hingga 15 individu terkorban dalam letupan itu.

Iklan
Iklan

Nebraska berkata, sebuah hospital menerima 62 pesakit, dengan 14 daripadanya dipindahkan ke hospital pakar di La Paz akibat trauma dan melecur teruk, termasuk 10 mangsa anggota tentera yang dihantar ke hospital tentera.

Kementerian Pertahanan memaklumkan dua letupan itu berlaku kira-kira 2.30 petang waktu tempatan (1830 GMT) di Pusat Penyelenggaraan Am pangkalan tentera RAM-2 'Bolivar' di Viacha.

Iklan

Menteri Pertahanan, Ernesto Justiniano menjelaskan bahawa letupan pertama melibatkan serbuk hitam daripada bahan piroteknik yang disimpan di lokasi berkenaan, disusuli letupan kedua yang jauh lebih kuat.

Kerajaan Perbandaran Autonomi Viacha, yang terletak 22 kilometer di barat daya pusat pentadbiran kerajaan di La Paz, memaklumkan letupan itu menjejaskan kawasan dalam lingkungan radius satu kilometer, mengakibatkan kerosakan harta benda secara meluas serta menyebabkan munisi berbahaya terdedah di kawasan awam.

Iklan

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa perbandaran mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari sebagai tanda solidariti dengan keluarga yang berduka.

Sementara itu, Presiden Rodrigo Paz menyatakan"solidariti yang mendalam” serta mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus. - Bernama-Anadolu