Tren rempuh kren tumbang, serpihan terhempas ke jalan raya

Iklan
Rakaman tren monorel melanggar kren pembinaan yang tumbang di Sao Paulo tular di media sosial. - Foto Agensi

SAO PAULO - Sebuah tren monorel Laluan 15-Silver berlanggar dengan kren pembinaan yang tumbang di landasan di Sao Paulo, Brazil pada Sabtu.

Rakaman video menunjukkan detik tren berkenaan merempuh kren yang tumbang di atas landasan.

Iklan
Iklan

Hentaman kuat itu menyebabkan sebahagian struktur kren terputus sebelum terhempas ke jalan raya yang sibuk dengan kenderaan dan pejalan kaki.

Paling mengejutkan, tiada kematian dilaporkan dalam kejadian di Avenida Professor Luiz Ignacio de Anhaia Mello, kawasan Vila Prudente di zon timur Sao Paulo itu, namun pengendali kren mengalami kecederaan.

Iklan

Menurut laporan, monorel tersebut beroperasi menggunakan sistem kawalan jauh automatik.

Tren yang sedang menghampiri lokasi itu dipercayai tidak sempat membrek sebelum merempuh bahagian kren yang terjulur ke landasan. - Agensi

Iklan